SHAH ALAM, 21 APRIL: Seramai 937,819 murid di 945 sekolah rendah dan menengah di Selangor mula memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing-masing, hari ini.
KEPALA BATAS, 21 APRIL: Institusi pendidikan yang tidak berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) turut digalakkan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar.
SHAH ALAM, 21 APRIL: Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah dapat menyemai semangat cinta dan sayang terhadap negara, kata Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Kertas siasatan terhadap Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu dihantar ke Pejabat Peguam Negara, semalam.
GOMBAK, 18 APRIL: Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar Sin Chew Daily.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily hari ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Polis selesai merakam keterangan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
PUTRAJAYA, 16 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil akhbar Kwong Wah Yit Poh susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini.
PUTRAJAYA, 16 APRIL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
PUTRAJAYA, 27 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa 21 April depan secara berperingkat, bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Polis membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Negeri mengedar 60,000 Jalur Gemilang kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan.
PETALING JAYA, 18 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengedarkan kira-kira 2,000 Jalur Gemilang percuma kepada penduduk sempena sambutan bulan kemerdekaan.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang yang sedang dilaksanakan dijangka bertambah rancak dalam tempoh seminggu sebelum menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos nanti.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengedarkan 2,000 Jalur Gemilang mini di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini, bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
SHAH ALAM, 21 JULAI: Rakyat negeri ini diseru menolak budaya ekstrem serta bersama membangkitkan semangat patriotisme sebagai tanda solidariti demi Malaysia tercinta.
SEPANG, 21 JULAI: Prinsip Malaysia Madani yang diperkenal Putrajaya merupakan kesinambungan rakyat untuk terus menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh negara sejak 67 tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Kementerian Komunikasi akan mengetengahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan, tahun ini.
PUTRAJAYA, 13 SEPT: Lebih 50 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengedarkan lebih 1,000 Jalur Gemilang di tempat tumpuan orang awam di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu ini sempena sambutan Hari Malaysia.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.